PN dapat markah tinggi tangani Covid-19: Najib

Iklan
Najib Razak

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperoleh markah tinggi dalam menangani isu koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, hal itu sekali gus memperlihatkan penerimaan rakyat yang agak baik terhadap PN.

Iklan
Iklan

"Cuma bila sampai di Parlimen, ia terikat dengan parti dan ada sikit tawar-menawar sebab itu majoriti diperoleh cuma beza dua saja disebabkan model demokrasi berparlimen.

"Kalau majoriti terlalu nipis, amat sukar untuk menjalankan pentadbiran kerana terdapat belah bahagi dalam Parlimen.

Iklan
Iklan

"Oleh itu ia menyebabkan timbul pertikaian dan untuk itu penyelesaian penyudah kena buat PRU (Pilihan Raya Umum)," katanya pada Sinar Live Apa Khabar Bossku di Studio F Kumpulan Karangkraf hari ini.