BUTTERWORTH - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang (PPAPP) menetapkan buku yang dipinjam akan dikuarantin selama 72 jam sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).
PPAPP dalam kenyataan hari ini berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lepas, PPAPP telah menutup operasinya dan kembali beroperasi pada 13 Mei lepas dengan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam norma baharu sebagai pematuhan kepada SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.