KUALA LUMPUR - Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini pada pukul 8.20 malam ini.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata Husainy, 73, yang juga Pengerusi Yayasan Patriot Negara dimasukkan ke hospital itu pada 16 Jan lepas akibat strok.