SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan kerjasama penuh terhadap Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) termasuk dari segi pengambilan tanah dan pelan kebenaran merancang, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Menurutnya, beliau dimaklumkan projek HSR yang akan disambung semula selepas tertangguh sebelum ini akan mengekalkan jajaran asal yang turut meliputi pembinaan sebuah stesen di Labu.