Platform cungkil bakat baharu hoki

Iklan
Skuad Hoki Dalam Dewan Malaysia berjaya meraih emas dalam aksi Sukan SEA di Filipina tahun lalu.

PERANCANGAN Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memperkenalkan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia dianggap tepat pada masanya oleh salah seorang pemain yang membantu Malaysia mempertahankan pingat emas acara hoki dalam dewan Sukan SEA 2019, Filipina, iaitu Muhammad Aminudin Mohd Zain.

Pemain pertahanan yang berusia 25 tahun itu memandang pengenalan Liga Hoki Dalam Dewan boleh membantu untuk mempopularkan sukan itu selain boleh dijadikan sebagai medan terbaik untuk pemain-pemain yang mahu mencabar diri sendiri tetapi dalam masa yang sama merasai keseronokan ketika bermain hoki.

Iklan
Iklan

"Bermain hoki padang dan hoki dalam dewan sememangnya berbeza terutamanya keluasan padang permainan itu sendiri sama sekali tidak sama. Hoki dalam dewan lebih kecil dan intensiti permainan juga lebih tinggi kerana pemain perlu cepat bertindak untuk mengawal kawasan mereka.

"Bukan sahaja memiliki asas bermain hoki yang baik serta kebolehan membuat keputusan dengan cepat perlu dimiliki oleh seseorang pemain itu, tetapi memahami peraturan permainan juga sangat penting untuk pemain yang mahu menceburi sukan ini.

Iklan

"Keputusan KHM memperkenalkan Liga Hoki Dalam Dewan pada saya sangat tepat kerana ini akan menjadi landasan untuk hoki dalam dewan di popularkan lagi kerana di Malaysia, bila disebut mengenai hoki peminat kebanyakannya lebih mengenali hoki padang daripada dalam dewan.

"Liga itu juga nanti boleh membantu memperkembangkan sukan Hoki Dalam Dewan dan boleh juga digunakan untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pemain yang ada,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook KHM.

Iklan

Bercerita mengenai pengalaman pertama kali menyertai pasukan senior kebangsaan, Aminudin menyifatkan ia sebagai pengalaman yang cukup bermakna untuk dirinya dan kerjaya hokinya.

Peluang menyertai latihan bersama barisan pemain berpengalaman seperti Muhammad Razie Abd Rahim dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil membuka ruang untuknya menimba ilmu daripada pemain-pemain tersebut.

"Saya bersyukur dipanggil menyertai pasukan kebangsaan dan saya sangat bangga kerana jika sebelum ini saya hanya melihat pemain seperti Razie dan Tengku beraksi sebagai pemain senior kebangsaan tetapi kini saya berada bersama mereka menjalani sesi latihan.

"Saya berasa seronok ketika sesi latihan kerana pemain-pemain senior banyak memberikan tunjuk ajar dan mereka tidak kedekut ilmu. Seperti Razie beliau selalu menegur kesilapan yang barisan pertahanan lakukan semasa latihan dan apa yang perlu dibaiki ketika kami dalam keadaan bertahan.

"Tengku pula banyak memberikan ilmu dari segi ketika menyerang bagaimana untuk melakukan hantaran-hantaran jauh dan sebagainya selain strategi untuk melakukan serangan. Jadi sesi latihan menjadi sesuatu yang seronok kerana saya sendiri dapat ilmu yang tidak saya miliki sebelum ini,” katanya.