'Ratu Jenayah' Grimsby dengan 337 kesalahan dipenjara lagi

Iklan
Claire Wilson memiliki 337 rekod jenayah sejak tahun 1989.

LINCOLNSHIRE - Seorang wanita di England yang digelar ‘Ratu Jenayah’ Grimsby kembali menjalani hukuman penjara selepas mencatatkan sebanyak 337 rekod jenayah sejak tahun 1989.

Claire Wilson, 46, dari Cleethorpes kerap dihumban ke penjara terutamanya bagi kes rompakan dan kecurian.

Iklan
Iklan

Dalam kes pada 2 Februari lalu, penjenayah bersiri itu mengaku bersalah mencuri dompet dari dalam sebuah rumah di Grimsby Road pada jam 5.30 pagi (waktu tempatan) selepas mendakwa mengenali salah seorang lelaki yang tinggal di sana.

Menurut pendakwa, wanita terbabit berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol serta menjadi semakin agresif ketika diminta untuk pergi dari tempat kejadian.

Iklan

Dua jam kemudian, Wilson ke kedai serbaneka Catergate News dan penjaga kedai berasa curiga apabila melihat dia mempunyai empat kad bank serta mengesyaki dia bukan pemilik sebenar kad-kad tersebut.

Setakat ini, nama Wilson mempunyai 337 kesalahan melibatkan lebih 200 kes kecurian dan satu kesalahan rompakan pada tahun 2001.

Iklan

Pada minggu ini, Wilson dijatuhi hukuman penjara selama 1,000 hari atau dua tahun sembilan bulan dan Hakim Ahmed Nadim turut menganggap wanita itu mempunyai rekod jenayah yang mengejutkan.

"Hidup kamu telah dimusnahkan oleh dadah dan tragedi lain dalam hidup. Kamu sering dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman penjara secara berkala oleh mahkamah.

"Jika ini berterusan, kamu akan menghabiskan kebanyakan tahun paling produktif dan bermakna dalam hidup di penjara. Ia adalah pembaziran hidup paling tragis,” kata Nadim. - Agensi