Celcom jalin kerjasama dengan Aerodyne terokai teknologi dron

Iklan
Idham (kiri) dan Kamarul (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Celcom dan Aerodyne di Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) dan Aerodyne Group (Aerodyne) berganding bahu meneroka pembangunan penyelesaian pintar menggunakan teknologi dron serta sambungan 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, kerjasama tersebut akan membuka peluang untuk membangunkan serta memasarkan penyelesaian yang inovatif sekali gus membolehkan industri di Malaysia mengadaptasi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan memfokuskan kepada sektor perbandaran dan pertanian.

Iklan
Iklan

"Cadangan pembangunan penyelesaian inovatif mempunyai potensi untuk membuka laluan kepada Celcom mengembangkan penyelesaian perniagaan kepada perniagaan (B2B) dalam ekosistemnya.

"Sementara penyelesaian dron sedia ada Aerodyne juga akan dijana oleh Celcom dan akan dikembangkan secara berperingkat kepada pelbagai penyelesaian Aerodyne,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Iklan

Idham berkata, kolaboratif adalah kesinambungan daripada sokongan yang diberikan oleh Axiata Digital Fund (ADIF) melalui pelaburannya ke atas Aerodyne sebelum ini.

Tambahnya, kerjasama dengan syarikat seperti Aerodyne itu merupakan sebahagian daripada strategi Celcom dalam memberi sokongan digital yang lebih kukuh kepada usahawan rintis digital dan teknologi tempatan.

Iklan