Pahang catat satu kes baharu Covid-19

Iklan
Pesakit dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh, petang semalam. - Foto sumber internet

KUANTAN - Pahang kembali merekodkan satu kes baharu jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) melibatkan seorang lelaki warga Filipina semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan pekerja sebuah kapal yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Dia tiba di Kuantan pada 17 Julai melalui penerbangan dan bermalam di sebuah hotel di sini sebelum menaiki kapal di Pelabuhan Kuantan pada hari berikutnya.

Ketika di atas kapal, pesakit ini mengalami simptom Covid-19 sebelum dihantar ke sebuah klinik di sini untuk rawatan lanjut dan hasil saringan mendapati lelaki itu positif sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh, petang semalam.

Iklan

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah mengesahkan kes tersebut.

Menurutnya, susulan itu seramai 38 kontak terdiri daripada kru kapal dan kakitangan Kuantan Port Consortium (KPC) telah disaring oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah bagi mengesan sama ada mereka turut positif atau sebaliknya.

Iklan

Sebelum ini Pahang diumum bebas daripada penularan wabak Covid-19 setelah tiada sebarang kes positif direkodkan dalam tempoh sebulan.