Tangani tiga isu dalam pelan pemulihan ekonomi jangka panjang

Iklan
Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menangani tiga isu dalam pelan pemulihan ekonomi jangka panjang termasuk kerenah birokrasi dan pembaharuan pengawalseliaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, sebagai contoh, Bank Dunia mendapati perniagaan dalam negara ini memerlukan 17 hari untuk menyelesaikan prosedur berkaitan usaha memulakan perniagaan.

Iklan
Iklan

"Jika dibandingkan dengan Singapura dan Hong Kong, ia hanya mengambil masa 1.5 hari manakala lapan hari di Korea Selatan,” katanya dalam ucaptama pada persidangan maya dan Mesyuarat Peringkat Tertinggi Perbankan dan Kewangan Malaysia 2020 oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketidakpadanan di antara permintaan dengan penawaran tenaga kerja, pengangguran dalam kalangan belia dan lepasan pengajian tinggi serta peratusan rendah pekerja berkemahiran juga perlu diatasi.

Iklan

Mustapa menekankan bahawa pergantungan besar negara kepada pekerja asing berkemahiran rendah melemahkan keupayaan ekonomi Malaysia untuk bersaing secara efektif.

Malah, kurang daripada satu pertiga pekerja tempatan adalah dalam kategori berkemahiran dan perkadaran ini hampir tidak meningkat sejak 10 tahun lepas, katanya.

Iklan

"Pada 2019, pekerja bukan warganegara membentuk 32 peratus daripada jumlah pekerjaan dalam sektor pertanian; 23 peratus dalam sektor pembinaan; 22 peratus dalam sektor pembuatan dan 10 peratus dalam sektor perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata kadar penerimagunaan teknologi yang rendah dalam kalangan syarikat khususnya perusahaan kecil dan sedernana juga perlu ditangani.

"Koronavirus (Covid-19) telah memberi peluang kepada kita untuk membuat pembaharuan di banyak peringkat,” katanya. - Bernama