Jom undi Luqman Hakim!

Iklan
Jom undi nombor 32, Luqman Hakim.

PENYERANG skuad bawah 19 (B19) tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin mendahului carta undian bagi anugerah Golden Boy tahun 2020.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang bakal terbang ke Belgium, kini tersenarai dalam 80 calon Anugerah Golden Boy bersaing dengan bintang handalan Eropah seperti pasangan Borussia Dortmund, Jadon Sancho (England) dan Erling Haaland (Belanda), Mason Greenwood (England, Manchester United) dan Ansu Fati (Sepanyol, Barcelona).

Iklan
Iklan

Sejak semalam, kempen undian buat pemain muda berusia 18 tahun ini terus dipergiatkan menerusi aplikasi WhatsApp dan di laman sosial.

"Tolong undi nombor 32, Luqman Hakim, pemain kelahiran Kota Bharu yang menuju ke Belgium, kini tersenarai dalam 80 calon Anugerah Golden Boy untuk tahun 2020.

Iklan

"Pemain yang berlatih di tepi longkang, tiada indoor training, berlari di atas rumput lembu kini sebaris dengan pemain muda terbaik dunia waktu kini.

"Untuk makluman beliau merupakan top scorer u16 yg lalu," menurut kempen yang tular di WhatsApp.

Iklan

Anda boleh membuat undian dan terus menyokong Luqman Hakim di sini:

https://m.tuttosport.com/sondaggi/calcio/golden-boy/2020/07/14-71771469/vota_il_golden_boy_2020_le_80_nomination/?fbclid=IwAR371MhouFvoZZnVkMvGidIn5aQ9pUC5gW8oprX-a8RsXNVoUzBqIUxIujE