Covid-19: Kes baharu kembali satu digit

Iklan
Dr Noor Hisham. Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Selepas beberapa hari, kes baharu positif Covid-19 kembali kepada satu digit dengan sembilan kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes 8,840.

Iklan
Iklan

"Jumlah kes aktif dan sedang dirawat di hospital adalah adalah 143 kes," katanya.

Menurutnya, daripada sembilan kes baharu, enam adalah penularan dalam negara membabitkan empat rakyat tempatan di Sarawak.

Iklan

"Empat kes tersebut masing-masing satu kes berkaitan Kluster Stutong, Kluster Sentosa, Kluster Kuching dan satu kes masih dalam siasatan dan dirawat di Hospital Umum Sarawak," katanya.

AKAN MENYUSUL

Iklan