Tersangkut tingkat 13, lelaki pecahkan tingkap selamatkan diri

Iklan
Mangsa disamping gondola yang tersangkut di tingkat 13 sebuah pangsapuri di Desa Pandan hari ini.

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja pembinaan yang berada dalam gondola yang tersangkut di tingkat 13 bertindak memecahkan cermin tingkap salah satu unit pangsapuri di Desa Pandan di sini dalam usaha menyelamatkan diri.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima laporan kejadian tersebut pada jam 12 tengah hari tadi dan seramai 13 anggota dai Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pudu dan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurut komander operasi, Che Mohd Aizat Che Mat, setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah gondola dikesan tersangkut di tingkat 13.

"Terdapat mangsa seorang lelaki warga Indonesia berada di dalam gondola tersebut. Lelaki berkenaan memecahkan cermin tingkat sebuah rumah berhampiran menggunakan penukul besi selepas mendapat kebenaran pemilik rumah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, lelaki itu berjaya menyelamatkan diri dan operasi tamat sepenuhnya jam 1.56 petang.

"Mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Iklan