JOHOR BAHRU - Kementerian Kesihatan akan membentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat, laporan insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, sebelum didedahkan kepada umum.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, segala laporan yang diterima daripada jawatankuasa bebas siasatan akan dibentangkan kepada kabinet terlebih dahulu, untuk mendapatkan kelulusan.
"Dari situlah, kita akan membuat sidang akhbar untuk menerangkan secara lengkap butiran-butiran tersebut.
"Saya tidak punya kedudukan dan punca kuasa untuk mendedahkan dapatan itu. Saya akan mengangkat kertas ini kepada kabinet dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita pada sidang media di Hospital Permai, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai lawatan ke HSA bagi meninjau wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang terbakar dalam kejadian pada bulan Oktober 2016.
Dzulkefly berkata, siasatan insiden kebakaran HSA telah dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa bebas dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Hishamudin Mohd Yunus.
Katanya, Kementerian Kesihatan akan memberikan perincian daripada siasatan jawatankuasa bebas tersebut selepas dibentangkan kepada Kabinet termasuklah pandangan, cadangan dan syor diberikan.
Dalam kejadian Oktober 2016, enam pesakit membabitkan empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua ICU selatan hospital berkenaan.