GEORGETOWN - Kementerian Pendidikan (KPM) masih belum membuat keputusan mengenai cadangan pemberian cuti khas sempena Aidiladha yang jatuh pada minggu persekolahan berikutan perubahan Takwim Persekolahan 2020.
Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, KPM akan mengumumkan perkara itu kepada semua pihak jika terdapat sebarang keputusan mengenai keperluan untuk meminda cuti perayaan tersebut.