APM Terengganu tempatkan anggota di Pantai Teluk Dalam

Iklan
APM Terengganu menempatkan anggotanya di Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang untuk membuat pemantauan.

KUALA NERUS - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu mengambil langkah menempatkan anggotanya di Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang susulan lokasi itu kini menjadi tumpuan ramai sejak mula dibuka Jun lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, pantai itu menjadi tumpuan ramai setelah kawasan Taman Laut masih belum dibuka, bagi mengawal kehadiran pengunjung.

Iklan
Iklan

"Kita tempatkan lima anggota di kawasan pantai kerana pengunjung mengambil peluang ini untuk melakukan aktiviti snorkelling dan seumpamanya.

"Mereka akan mula bertugas bermula jam sembilan pagi hingga tujuh petang bagi memastikan keselamatan pengunjung. Selain memastikan amalan penjarakkan sosial, kita turut membuat rondaan sambil memberikan nasihat keselamatan kepada mereka,” katanya.

Iklan

Pulau-pulau di peranginan di Terengganu kini mula ‘diserbu’ sebaik sahaja pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan pergerakan rentas negeri bermula 10 Jun lalu.

Ia didorong dengan peningkatan pengunjung domestik yang mengambil peluang bercuti dalam negara, susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Iklan

Mengulas lanjut, Ahmad Kamal turut meminta pihak pengendali bot agar menitik beratkan aspek keselamatan pengunjung bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini, termasuk terkena bot ketika melakukan aktiviti di kawasan itu.

Jelasnya, orang ramai juga diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menerusi percutian normal baharu ini.