SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mendedahkan maklumat peribadi pendeposit kepada umum.
TH dalam satu kenyataan berkata, ini kerana TH tertakluk kepada Akta Tabung Haji 1995 dan Akta Perlindungan Data Peribadi berhubung pendedahan maklumat peribadi para pendeposit atau pemilik akaun kepada pihak ketiga tanpa kebenaran pemilik akaun tersebut.
Iklan
Iklan
"TH juga menasihati masyarakat khususnya para pendeposit untuk tidak mudah percaya dengan penularan berita tidak sahih di media sosial," katanya hari ini.
Beberapa hari lalu tular satu e-mel di media sosial mendakwa kononnya daripada seorang kakitangan TH yang menyatakan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyimpan wang dalam akaun isteri dan anaknya.
E-mel yang tular itu turut menamakan isteri dan empat anak Abdul Azeez.