Isu tanah TOL sukarkan pelaburan

Iklan
Wong Seng Yee

CAMERON HIGHLANDS - Isu status tanah pemilikan sementara (TOL) di kawasan ini menyukarkan petani membuat pelaburan.

Calon Bebas, Wong Seng Yee berkata, isu tersebut menjadi salah satu punca utama berlakunya penyalahgunaan tanah.

Iklan
Iklan

"Segala perlakuan penyalahgunaan tanah berlaku kerana status tanah di Cameron Highlands ini tanah TOL.

"Kita ada 2,200 petani sukar untuk membuat pelaburan jadi isu ini perlu diselesaikan," katanya ketika Debat Perdana Calon-calon PRK Cameron Highlands, malam tadi.

Iklan

Sementara itu, beliau menyifatkan peningkatan taraf ekonomi Orang Asli boleh dilakukan.

"Sampai bila nak beri ikan? Kita perlu beri mereka pancing. Tak perlu lagi bebankan kerajaan untuk bantu mereka.

Iklan

"Tapi kita boleh bantu ajar Orang Asli cara bercucuk tanam kemudian ia boleh juga djual secara dalam talian," katanya.