Angka melonjak, 21 kes baharu Covid-19 hari ini

Iklan
Noor Hisham - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 21 kes jangkitan baharu koronavirus (Covid-19) dalam negara dilaporkan hari ini melibatkan 16 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 8,861 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 161 kes.

Iklan
Iklan

"Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, lima kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia atau dibenarkan masuk di atas urusan kerja,” menurut satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, lima kes import itu membabitkan individu yang pulang dari Singapura, Australia, Filipina, Pakistan dan Qatar.

Iklan

Sementara itu, daripada 16 kes penularan dalam negara, 13 kes melibatkan warganegara dan tiga kes bukan warganegara.

Satu daripada tiga kes penularan tempatan dalam kalangan bukan warganegara direkodkan daripada Kluster Warga Emas Kluang, Johor dan dua kes lagi daripada Kluster Elsa di Pahang.

Iklan

Kes penularan tempatan Covid-19 dalam kalangan warganegara pula melibatkan dua kes daripada Kluster PUI Ramnad di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes dari Kluster PUI Al Khobar di Selangor, Kluster Warga Emas Kluang di Johor dan Kluster Elsa di Pahang.

Penularan tempatan dalam kalangan warganegara juga termasuk lapan kes positif daripada Kluster Sentosa di Sarawak.

Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan kekal 123 kes.

Beliau turut memaklumkan sebanyak tiga kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 8,577 kes atau 96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Sehingga kini, hanya lima kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Dua kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya. - Bernama