Polemik lesen buat video

Iklan

AWANG rasa Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, diberikan nasihat yang salah. Awang tak tahulah kalau itu nasihat yang diberikan oleh ahli-ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia yang baru beliau lantik.

Dalam majlis itu, macam-macam orang bijak pandai ada. Atau nasihat itu datang daripada Finas yang nampaknya tak tahu apa yang nak diutamakan.

Iklan
Iklan

Apa halnya nak wajibkan mohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran sebelum terbitkan filem untuk platform media sosial?

Macam kata Datuk Afdlin Shauki:"Macam nak beli senjata api, media sosial pun nak kena lesen.”

Iklan

Tuk Saifuddin orang baharu, mungkin masih kurang faham. Ini akan menambah kerenah birokrasi. Berpuluh ribu video dibuat untuk media sosial setiap hari oleh pengguna tempatan. Itu belum lagi yang dibuat oleh sekolah, universiti, institusi dan juga orang perseorangan.

Mungkin Tuk Saifuddin fikir, asal video mesti ada unsur politik. Banyak yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri, untuk keluarga, untuk pembelajaran dan macam-macam.

Iklan

Awang nak nasihatkan Tuk Saifuddin, sebagai orang baharu, kalau tak tahu eloklah bertanya, jangan nanti sesat jalan. Benda yang bukan masalah, jangan jadikan masalah. Tak ada beban, tak payah batu digalas.