Salam perkenalan di Sungai Koyan

Iklan
Seng Yee (kanan) pertama kali berkempen di Sungai Koyan bertemu penduduk di kawasan itu pagi ini.

LIPIS - Salam perkenalan warga Sungai Koyan dari calon Bebas, Wong Seng Yee.

Ini kali pertama, Seng Yee menjejakkan kaki di Sungai Koyan berjumpa pengundi di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Ditemui di Pasar Pagi Koyan hari ini, 'abang topi' itu mengambil peluang memperkenalkan diri di Dun Jelai.

Beliau sebelum ini lebih fokus di kawasan Dun Tanah Rata sejak hari pertama berkempen.

Iklan

"Sebenarnya saya rasa tak sedap hati kalau tak turun sebab ada penduduk yang sudah kenal 'abang topi'... jadi saya turun dan berikan salam perkenalan.

"Pagi ini baru saya ada peluang. Dan hari ini tujuan saya cuma nak kenalkan diri sebagai calon Bebas.. Harap mereka tahu siapa saya," katanya lagi.

Iklan

Ditanya tempoh 48 jam berkempen yang masih berbaki, Seng Yee memberitahu setakat ini 90 peratus di kawasan Dun Tanah Rata telah dimasuki oleh jentera kempennya kecuali Pos Terisu dan Ladang Boh 1 dan 2.