PENGANJUR Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas tidak leka meningkatkan usaha memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) perlumbaan untuk pusingan seterusnya walaupun dijadikan sebagai penanda aras kepada penganjuran kejohanan lain.
Pusingan kedua musim 2020 yang bakal dianjurkan di Litar Tangkak pada 22 dan 23 Ogos ini memerlukan struktur pelaksanaan berbeza berbanding dengan pusingan pembuka tirai di Litar Sepang sebelum ini.