Lari tinggalkan ketum lihat anggota PGA

Iklan
PGA Batalion 9 merampas daun ketum untuk diseludup ke negara jiran di Kubang Pak Itam.

RANTAU PANJANG - Lima lelaki yang sedang leka memunggah bungkusan daun ketum untuk diseludup ke negara jiran lari bertempiaran sebelum terjun ke dalam sungai Golok ketika diserbu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu di Kubang Pak Itam di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, anggota PGA merampas daun ketum seberat 0.6 tan, sebuah motosikal dan kereta yang disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM93,700," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua kenderaan tersebut menemui bungkusan plastik yang mengandungi daun ketum.

Iklan

Katanya, kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Nor Azizan berkata, kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Iklan