JEMPOL - Pembantu Muzium Nursuaidah Rahaman, 29, menunjukkan antara potret yang dipamerkan mengenai kehidupan Pendeta Za’ba di Teratak Za’ba di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, yang diuruskan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Pendeta Za’ba cukup dikenali sebagai seorang sasterawan, ahli bahasa, ahli falsafah, tokoh politik dan pemikir ekonomi yang banyak memberi sumbangan besar kepada kemajuan bangsa dan negara.