Penganggur samun warga emas ditahan

Iklan
Seorang penganggur ditahan kerana melakukan samun terhadap seorang warga emas di Felda Sungai Pasak, Kota Tinggi, Johor, hari ini.

KOTA TINGGI - Seorang lelaki yang disyaki melakukan samun dan ragut terhadap seorang warga emas di Jalan Tambatan di sini kelmarin ditahan awal pagi tadi.

Suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan pada pada jam 1 pagi di Felda Sungai Pasak.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, polis turut merampas sebuah motosikal dan dua buah telefon bimbit.

"Suspek disyaki menyamun seorang wanita 68 tahun pada jam 7.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke hospital," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Kejadian berkenaan tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen selepas seorang saksi merakam insiden tersebut dan memuat naik di platform itu.

Hussin berkata, suspek yang memakai topi keledar kelabu dengan visor bagi menunggang sebuah motosikal dan merampas beg yang dibawa mangsa.

Iklan
Video lelaki menunggang motosikal dan menyamun seorang warga emas tular di media sosial semalam.

Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa mengalami luka di bahagian siku dan pergelangan tangan kiri sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

"Suspek direman tujuh hari sehingga 1 Ogos ini. Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod berkaitan jenayah dan dadah selain positif dadah jenis methamphetamin," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952.