PH nafi serah kumpulan Tun M tanding PRK DUN Slim

Iklan
Anwar - Foto Reuters

PORT DICKSON - [DIKEMASKINI] Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan dengan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi berdepan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia mengambi kira kerusi berkenaan yang ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu.

Iklan
Iklan

"Kami buat keputusan untuk berbincang dengan kumpulan Tun Mahathir kerana Bersatu yang bertanding di kerusi itu sebelum ini dan kenyataan bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya yang PH serahkan kerusi itu pada mereka adalah tidak tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu Blackout tanding PRK DUN Slim

Iklan

"Kami putuskan yang kita akan berbincang dulu dengan mereka dan Selasa nanti PH akan bertemu dengan mereka untuk buat keputusan. Adalah agak mengelirukan untuk mengatakan kita (PH) telah menyerahkan kepada mereka (kumpulan Dr Mahathir untuk bertanding). Tidak... rundingan masih berjalan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Temuduga Terbuka Hospital UCSI di Bandar Springhill di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas berita sebuah portal yang melaporkan kenyataan Marzuki bahawa kumpulan daripada kumpulan Dr Mahathir akan bertanding dalam PRK DUN Slim dan menentang calon PN.

Iklan

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal

Sementara itu ditanya berkenaan kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang berpendapat PRU15 perlu diadakan segera bagi mengatasi masalah pengangguran di negara ini, beliau berkata, ia tiada kaitan dengan pilihan raya.

Katanya, ia adalah soal kerajaan dan keputusan Perdana Menteri.

"Tiada kaitan dengan PRU atau tidak, kerajaan yang ada perlu bertanggungjawab jelaskan dasar, biar jelas, angka biar jelas, jadi saya bangkitkan di Parlimen angka itu tidak jelas.

"Pengangguran saya lihat angka ini tidak realistik, jumlah pengangguran ini tidak mengambil kira mereka yang diberi cuti tanpa gaji, jumlahnya besar, soal PRU ini soal kerajaan, keputusan Perdana Menteri," katanya.