PSG bayar harga tinggi julang Piala Perancis

Iklan
Biarpun bertongkat Mbappe tetap meraikan kejayaan PSG. Foto: India.com

Paris Saint-Germain (PSG) terpaksa membayar harga tinggi atas kejayaan menjuarai Piala Perancis awal pagi tadi apabila penyerang berbisanya, Kylian Mbappe mengalami kecederaan serius.

Pengendali PSG, Thomas Tuchel berkata, pemain berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan buku lali setelah berlaga dengan tonggak pertahanan Saint Etienne, Loic Pierrin pada aksi babak pertama di Stade de France.

Iklan
Iklan

Mbappe kemudiannya dilihat berada di tepi padang dengan menggunakan tongkat selepas kekasaran tersebut yang turut menyebabkan Perrin menerima kad merah.

Detik di mana Mbappe dikasai Pierrin. Foto: Reuters

"Ya... kami muncul juara Piala Perancis, itu perkara paling mustahak. Namun, ia agak rumit dengan pelbagai perkara serta alasan yang berlaku sepanjang perlawanan ini.

Iklan

"Terlalu banyak perkara yang perlu dipertingkatkan serta dikaji semula. Ia sesuatu yang baik tetapi bagi saya, kejayaan ini adalah paling 'mahal' kerana kami kehilangan pemain tonggak akibat kecederaan.

"Dalam tiga aksi terakhir berdepan Saint Etienne, ia sentiasa dihiasi dengan layangan kad merah pada 30 minit pertama. Kali ini pasukan kami juga turut menerima tiga kad kuning pada penghujung perlawaanan, mujurlah kami menang,” katanya.

Iklan

Pada aksi final tersebut, penyerang sensasi Brazil, Neymar muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-14, sekali gus mengesahkan kejuaraan Piala Perancis buat kali ke-13 buat PSG.