KUALA LUMPUR – Sultan dan Raja-raja Melayu mula berangkat tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja untuk memilih Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Berdasar pemerhatian Bernama, kenderaan Diraja dari beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan kelihatan memasuki pekarangan Istana Negara seawal 10 pagi.