Tun M beri bayangan tubuh parti baharu

Iklan
Mahathir - Foto Reuters

LANGKAWI - Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau bersama pasukannya juga akan membuat penilaian lain seperti menyertai parti sedia ada namun semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah nanti.

Iklan
Iklan

"Kalau kita nak bertanding pada Pilihan Raya Umum perlu ada parti, jadi kita tunggu keputusan mahkamah, sama ada buat parti atau tidak. Kita juga kaji untuk serta parti lain, tapi semua belum diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri program santai Ahli Parlimen Langkawi bersama rakyat di Pejabat Pusat khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Pada 9 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos ini bagi memutuskan permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Dr Mahathir dan empat yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Bersatu. - Bernama