LIMA 19 tampil kelainan

Iklan
Affendi (tengah) selepas merasmikan Program 2u2i UPNM/TUDM.

ALOR SETAR - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 19) yang akan berlangsung selama lima hari bermula 26 hingga 30 Mac bakal menampilkan kelainan sebagai tarikan kepada pengunjung.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya akan menampilkan kelainan, seperti penampilan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet untuk segmen pertunjukan udara.

Iklan
Iklan

Affendi berkata, pihaknya telah melakukan beberapa persediaan penting yang mana Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat secara langsung dalam aspek pertunjukan udara dan pameran statik.

"Untuk LIMA 19, kita jangkakan penyertaan dan kemeriahan yang sama seperti 2017, menyaksikan penglibatan pasukan aerobatik dari Korea dan Indonesia.

Iklan

"Bagaimanapun, kita kini menunggu keputusan penyertaan pasukan luar negara yang akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini, memandangkan mereka juga memerlukan perancangan beberapa aspek," katanya.

Affendi berkata, antara tarikan LIMA 19, ialah pertunjukan 'opening gambit' yang menampilkan aksi berbeza kepada pengunjung berbanding aksi dilakukan dalam acara tersebut sebelum ini.

Iklan

"Apakah kelainan yang menjanjikan keistimewaan LIMA 19 kali ini perlulah sama-sama kita nantikan ketika persembahan ‘opening gambit’ 26 Mac nanti," katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) bagi Pengajian Baharu untuk Pegawai Kadet (Juruterbang) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).