Neco Williams calon paling sesuai perkukuh benteng The Reds

Iklan
Neco Williams -Foto: Visionhouse

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan pemain muda, Neco Williams, sebagai calon paling sesuai sekiranya skuad The Reds itu mahu mencari pemain bagi menggantikan pemain pertahanan seperti Trent Alexander Arnold atau Andrew Robertson pada masa hadapan.

Katanya, pemain daripada akademi Liverpool itu dilihat menepati kriteria yang diperlukan bagi menggalas tanggungjawab di benteng pertahanan pasukan suatu hari nanti.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, biarpun masih muda, namun aksi Williams benar-benar menepati kualiti yang diperlukan bagi mengawal benteng pasukan utama.

"Kami tahu kami perlu mencari jalan penyelesaian segera berhubung masalah (kekurangan) pemain di benteng pertahanan pasukan.

Iklan

"Kehadiran pemain muda Neco Williams hari ini dilihat agak melegakan dan kita kini sudah mempunyai prospek yang benar-benar boleh diharapkan kelak.

"Bukannya kita menafikan sumbangan Arnold atau Robertson, cuma kita mahu ada alternatif dan kita berharap agar dia (Neco Williams), mampu memikul tanggungjawab yang diberikan kelak,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu Klopp turut membayangkan bahawa dia juga mahu mengenal pasti lebih ramai pemain pertahanan berbakat untuk dibawa ke Anfield.

Katanya, usaha berkenaan akan berterusan menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL), yang dijadualkan bermula pada 12 September kelak.

"Kita mungkin akan hanya ada tempoh rehat yang singkat sebelum saingan EPL bersambung pada 12 September nanti.

"Oleh itu kami perlu segera bertindak kerana kami tahu kami perlu mencari jalan penyelesaian secepat mungkin khususnya melibatkan pemain,” katanya.