'Inter Milan tak perlukan Messi'

Iklan
Pengendali Inter Milan, Antonio Conte menafikan khabar angin Messi ke Inter Milan.

PENGENDALI Inter Milan, Antonio Conte menafikan kelab Itali itu berminat untuk membawa masuk bintang Barcelona, Lionel Messi pada jendela perpindahan akan datang.

Menurutnya, laporan di media yang mengatakan Inter berminat untuk mendapatkan pemain Argentina itu juga satu cerita bohong dan sekadar khabar angin.

Iklan
Iklan

"Khabar angin mengenai Messi ke Inter adalah palsu. jangan percaya dengan berita tersebut dan kami tidak pernah berhubung dengan Barcelona untuk membelinya.

"Saya tidak tahu macam mana berita ini boleh tersebar sedangkan pihak kami langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan tidak pernah memberikan bayangan untuk membeli Messi," katanya.

Iklan

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini seringkali dikaitkan dengan perpindahan ke Inter selepas menolak untuk memperbaharui kontrak dengan Barcelona.

Messi juga dikatakan bertelagah dengan pengurusan kelab Catalan itu yang menjadi punca kemungkinan dia meninggalkan pasukan itu sebaik sahaja kontraknya tamat tahun depan.

Iklan

Dalam masa sama, Pegawai Eksekutif Inter Milan, Beppe Marotta turut membantah khabar angin tersebut dan menegaskan Messi tidak termasuk dalam senarai pemain yang diperlukan Inter.

"Ini bagaikan cerita fantasi. Dia bukan salah seorang sasaran kami dan saya fikir dia akan melanjutkan kariernya di Barcelona," katanya.

Musim ini boleh diklasifikasikan sebagai tahun terburuk buat Barcelona dan Messi apabila kelab itu belum meraih sebarang kejuaraan selepas gagal dalam saingan Piala Liga dan pemburuan trofi La Liga.

Peluang terakhir Barcelona untuk meraih kejuaraan adalah dalam saingan Liga Juara-Juara yang ketika ini berada di peringkat 16 pasukan terbaik.