KeTSA akan dapatkan laporan terperinci

Iklan
Shamsul Anuar (tengah) menyempurnakan majlis perasmian Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2020 di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang. -Foto Bernama

LARUT - Tindakan ke atas isu penempatan haram yang didakwa didirikan di atas tanah rizab hutan paya bakau Bukit Malut, Langkawi, Kedah hanya boleh diambil selepas laporan terperinci mengenai perkara itu diterima, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata, tindakan yang akan diambil adalah berdasarkan peraturan sedia ada.

Iklan
Iklan

"Pihak kementerian mengambil maklum perkara berkenaan yang menjadi viral dan mendapat perhatian pelbagai pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Pata Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2020 di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah media tempatan berhubung gesaan penduduk Langkawi agar kerajaan Persekutuan melakukan pemutihan ke atas kira-kira 10,000 warga Myanmar yang mendiami kawasan tersebut yang dikenali sebagai kawasan penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Iklan

Sementara itu, mengenai sambutan semalam, Shamsul Anuar berkata, kementeriannya kekal komited untuk memelihara dan memulihara kawasan paya bakau laut di seluruh negara yang mempunyai spesies flora yang tinggi iaitu 42 daripada 52 spesies bakau yang ada di Asia Tenggara.

"Jadi kita harus menjaga ekosistem (hutan paya laut) ini kerana ia merupakan salah satu ekosistem yang paling terancam di dunia.

Iklan

"Kadar kehilangan hutan paya laut adalah tiga hingga lima kali lebih tinggi daripada kadar kehilangan hutan global,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, hutan paya laut berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan mengambil contoh penanaman pokok rhu di Pantai Senok, Bachok, Kelantan yang terkenal dalam kalangan pengunjung sebagai Pulau Nami Malaysia.

Untuk rekod, Pulau Nami merupakan destinasi pelancongan terkenal di Korea Selatan. - Bernama