KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri hari ini membentangkan bajet 2019 dengan peruntukan sejumlah RM2.015 bilion, jumlah lebih besar berbanding RM1.996 bilion bajet tahun lepas.
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertambahan kepada peruntukan ini adalah bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Terengganu.
Menurutnya, kerajaan negeri menjangka memperoleh hasil berjunlah RM2.015 bilion bagi tahun 2019 menjadikan bajet 2019 sebagai bajet berimbang.
"Daripada jumlah itu sebanyak RM66.93 juta adalah hasil cukai, RM203.53 juta adalah hasil bukan cukai dan RM1.745 bilion merupakan terimaan bukan hasil," katanya ketika membentangkan Bajet 2019 di Persidangan Dun hari ini.
Bertemakan Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera, kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion untuk perbelanjaan mengurus.
Dr Ahmad Samsuri berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM600 juta akan dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk Perbelanjaan Pembangunan, termasuk RM186.2 juta untuk bayaran tertangguh dan bayaran berjadual.
"Di bawah peruntukan Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM86.025 juta atau 4.27 peratus akan diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan manakala sebanyak RM1.929 bilion atau 95.73 peratus pula diperuntukkan untuk Perbelanjaan Bekalan," katanya.
Perencanaan Bajet 2019 didokong oleh empat teras utama iaitu keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan.
Semua teras itu kata Menteri Besar akan diperkukuhkan dengan lapan strategi pelaksanaan iaitu mengukuhkan prinsip Islam, mewujudkan polisi patuh syariah, membangunkan kualiti modal insan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi.
"Strategi seterusnya adalah mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan menerapkan nilai integriti dan ketelusan," katanya.