Najib sindir alasan PKR Perak tidak bertanding kerusi DUN Slim

Iklan
Najib menerusi ciapannya di Twitter turut memuatnaik laporan media berhubung kenyataan PKR Perak yang tidak meletakkan calon pada PRK DUN Slim.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Datuk MA Tinagaran berhubung keputusan tidak meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini memandangkan negara berdepan pandemik koronavirus (Covid-19).

Kata beliau, berdasarkan alasan tersebut sebaiknya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen dan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) serta- merta seperti dilaksanakan oleh Singapura.

Iklan
Iklan

"Melihat alasan diberi PH untuk tidak tanding dalam PRK Chini dan PRK Slim, saya rasa lagi untung jika PM8 bubar Parlimen dan adakan PRU serta merta seperti negara Singapura bulan ini. PH tak tanding semua 222 kerusi Parlimen sebab Covid (Covid-19)," katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Sebelum itu Tinagaran mengumumkan bahawa PKR Perak mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada PRK DUN Slim dengan mengatakan keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira perkembangan semasa negara yang sedang berdepan Covid-19 dan beberapa situasi membebankan rakyat.

Iklan
Iklan