JHEAT teliti dakwaan bawa anjing ke restoran

Iklan
Tangkap layar status tular yang dimuat naik pengguna media sosial mengenai isu melibatkan pengunjung membawa anjing ke sebuah premis makanan di daerah Kuala Nerus. Gambar kanan: Mat Azmi

KUALA NERUS – Video dan gambar yang tular berhubung tindakan pelanggan membawa seekor anjing di sebuah restoran di Gong Badak, di sini yang mengundang rasa tidak senang masyarakat akan diteliti oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT)

Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu perkara itu sebelum menentukan sebarang tindakan susulan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, JHEAT memandang serius isu itu dan berharap semua pemilik sijil dan logo halal di daerah tersebut tidak mengambil mudah peraturan ditetapkan.

"Kita akan minta Bahagian Pengurusan Halal ke premis itu terlebih dahulu untuk membuat semakan berhubung perkara sebenar selain perlu memastikan sama ada restoran itu mempunyai sijil halal atau tidak. Sekiranya ada tetapi tidak patuh, kemungkinan ia ditarik balik.

Iklan

"Sebarang perkembangan lanjut kita akan maklumkan selepas semakan dan siasatan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Isu itu tular sejak semalam setelah ia dikongsi oleh seorang pengguna Facebook menyebabkan timbul polemik dalam kalangan netizen dengan kebanyakan daripada mereka menyatakan situasi seperti itu tidak patut berlaku.

Iklan

Berdasarkan video yang dikongsi tersebut, seekor anjing kelihatan berada di atas salah satu kerusi di premis tersebut.

Setakat ini usaha Sinar Harian bagi mendapatkan respon daripada bahagian pengurusan premis berkenaan belum berjaya kerana difahamkan perkara itu masih dalam siasatan pihak pengurusannya.