APMM tahan tiga penjaga sangkar ikan
Iklan
Tiga lelaki warga Myanmar yang ditahan APMM pagi semalam.
GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan tiga lelaki warga Myanmar di sebuah sangkar ikan berhampiran dengan Pulau Aman di sini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.
Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, pemeriksaan dibuat oleh anggotanya yang melakukan rondaan di sangkar ikan berkenaan yang terletak di kedudukan 4.2 batu nautika Selatan Pulau Aman pagi semalam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemeriksaan terhadap sebuah sangkar ikan yang tiada nombor pendaftaran mendapati tiga lelaki berusia di antara 23 hingga 30 tahun itu bekerja sebagai penjaga gagal memberikan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.
"Mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat APMM Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut.
Iklan
"Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Hamizan berkata, pengusaha sangkar ikan diingatkan agar tidak menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah atau mereka juga bakal berhadapan dengan tindakan udang-undang.
Iklan
Beliau berkata, pihaknya akan memperkasakan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras kegiatan PATI di perairan negeri ini.
Katanya, orang awam digalakkan melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam