Tiga nelayan ditahan tangkap ikan di luar kawasan dibenarkan

Iklan
APMM menahan tiga nelayan tempatan kerana menangkap hasil laut di luar kawasan yang dibenarkan kelmarin.

PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan kelas B yang diusahakan tiga nelayan tempatan kerana menangkap hasil laut di luar kawasan yang dibenarkan di kedudukan 0.5 batu nautika dari Pelabuhan Utara di sini kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, operasi kira-kira jam 12.20 tengah malam itu mendapati nelayan terbabit menunda kurang dari 5.0 batu nautika dari daratan.

Iklan
Iklan

"Bot terbabit beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan dan telah melanggar syarat sah lesen.

"Ketiga-tiga nelayan berusia lingkungan 30 hingga 52 tahun itu telah ditahan untuk tindakan di bawah Akta Perikanan 1985. Kita juga turut merampas bot berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya mengingatkan agar bot-bot nelayan patuhi syarat lesen yang diberikan kerana kegagalan mematuhi peraturan boleh boleh menjejaskan ekosistem dan pendapatan nelayan tradisional di pesisir pantai.

APMM menahan tiga nelayan tempatan kerana menangkap hasil laut di luar kawasan yang dibenarkan kelmarin.

Dalam kes berlainan kelmarin, seorang tekong warga tempatan berumur 59 tahun ditahan bersama bot penumpang disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan 11) kerana tidak memiliki sijil kelayakan membawa vesel yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.

Iklan

Katanya, pihaknya menggesa agar orang ramai melaporkan sebarang kegiatan dan aktiviti di laut yang menyalahi undang-undang negara di pejabat Maritim yang berdekatan.

"Kerjasama daripada semua pihak termasuk persatuan nelayan kawasan dan komuniti nelayan serta semua pengusaha bot nelayan amat penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan perairan negara pada masa akan datang," katanya.