Sedia kerjasama G2G demi rakyat: Mohd Shafie

Iklan
Mohd Shafie Apdal

SHAH ALAM - Kerajaan Sabah bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan melalui Kerajaan dengan Kerajaan (G2G) demi menyelamatkan rakyat yang terjejas akibat penularan pandemik wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kadar pengangguran di Sabah telah mencecah lebih 100,000 orang dan keutamaan dalam memastikan nasib rakyat terbela perlu diberi perhatian.

Iklan
Iklan

"Jadi kita tidak boleh buang masa untuk terus berpolitik, sebaliknya perlu menyelesaikan masalah rakyat kerana saya bimbang apabila moratorium ditamatkan, lebih ramai rakyat terpaksa berdepan dengan kekangan kewangan

"Justeru kerjasama G2G itu penting untuk menangani masalah yang bakal berlaku dan kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri bukan atas landasan politik tetapi menyelamatkan negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia daripada segi hasil bumi dengan sumber minyak sebanyak 37 peratus atau 1.8 bilion tong daripada keseluruhan rizab minyak negara tetapi negeri itu masih lagi yang termiskin.

Sehubungan itu katanya, pertelingkahan yang tidak bermanfaat di Dewan Rakyat sepatutnya dihentikan sebaliknya perlu melaksanakan tugas masing-masing dalam membantu rakyat dan bukannya hanya dengan percakapan.

Iklan

"Jadi kita seharusnya fokus dalam agenda untuk memerintah negara, negeri dan bukannya bertelingkah atau bergaduh tanpa batasan perkataan yang kita lontarkan dalam persidangan.

"Senario ini amat membimbangkan, kita yang digelar ahli yang berhormat dewan mulia tetapi perkataan kita tidak mencerminkan kemuliaan daripada segi ukuran perkataan itu sendiri,” katanya.