Arab Saudi kendali musim haji ketika ekonomi merosot

Iklan
Seorang pekerja perubatan memeriksa suhu jemaah yang tiba di hotel untuk menunaikan haji. - Foto AFP

RIYADH - Arab Saudi menerima kedatangan para jemaah haji yang jumlahnya dikecilkan secara dramatik berikutan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan berjuta-juta jemaah antarabangsa dilarang daripada mengerjakan ibadat tersebut buat pertama kalinya dalam sejarah moden negara itu.

Sejumlah 10,000 penduduk Muslim yang tinggal di negara beraja itu akan menunaikan ibadat haji berbanding kira-kira 2.5 juta pada tahun lalu selepas kebanjiran permohonan yang menyebabkan sejumlah besar daripadanya terpaska ditolak.

Iklan
Iklan

Kerajaan juga mengetatkan akses ke kota Makkah dan melaksanakan garis panduan kesihatan yang ketat bagi menghalang virus Covid-19 daripada menular semasa ibadat selama lima hari itu berlangsung.

Arab Saudi merekodkan lebih 260,000 kes pandemik yang boleh membawa maut itu manakala bilangan terkena jangkitan Covid-19 tersebut sudah melebihi 16 juta orang pada Ahad lalu.

Iklan

Para jemaah yang memakai pelitup muka mula memasuki Makkah pada hujung minggu lalu dan menjalani pemeriksaan suhu badan dan dikuarantinkan, kata pihak berkuasa.

Mereka kemudian diberikan beberapa kelengkapan termasuk batu yang disterilkan untuk melontar jamrah, pelitup muka, sejadah, pakaian ihram dan bahan penyahjangkit, menurut dokumen Kementerian Haji.

Iklan

Para jemaah diuji sama ada mereka menghidap Covid-19 sebelum tiba di Mekah dan akan dikuarantin selepas mengerjakan ibadat haji.

Pihak kementerian itu menyatakan ia telah menubuhkan sebuah kemudahan kesihatan, klinik bergerak dan ambulans untuk para jemaah yang dikehendaki melakukan penjarakan sosial.

Arab Saudi mengendalikan urusan haji ketika negara itu berdepan dengan pandemik Covid-19 dan kejatuhan harga minyak. - Foto AFP

Sebelum ini, pihak berkuasa berkata, kira-kira 1,000 jemaah haji yang tinggal di negara beraja itu dibenarkan untuk mengerjakan ibadat haji.

Namun, laporan media menyatakan sehingga 10,000 umat Islam juga akan dibenarkan untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Kementerian Haji negara itu menerima sejumlah besar pertanyaan di Twitter daripada para pemohon yang gagal diterima oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Menteri Haji, Mohammad Benten menegaskan proses pemilihan para jemaah adalah telus dan memberitahu stesen televisyen Al-Arabiya yang dimiliki Arab Saudi bahawa faktor kesihatan menentukan sama ada seseorang itu dipilih menjadi jemaah haji kali ini.

Kementerian itu berkata, penduduk dari sekuarng-kurangnya 160 buah negara yang bukan berasal dari Arab Saudi bersaing dalam proses pemilihan jemaah haji secara online.

Ia berkata, penduduk asing mewakili sehingga 70 peratus daripada jemaah yang dibenarkan mengerjakan haji.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa ramai yang memohon dan sebahagian pemohon membuat dakwaan bahawa cara pemilihan tersebut tidak dijelaskan dengan baik oleh kerajaan selain menyatakan tiada sebab diberikan kenapa permohohonan mereka ditolak.

Namun, pihak kementerian menyatakan para jemaah dipilih daripada sejumlah pengamal perubatan dan anggota tentera yang pulih daripada Covid-19.

Tindakan kerajaan mengurangkan jumlah jemaah haji kerana bilangan yang ramai boleh menjadi sumber jangkitan utama pandemik Covid-19 tetapi ia akan menyebabkan ekonomi negara tersebut menjadi merosot, kata beberapa penganlisis.

Ibadat haji kali ini berlaku ketika Arab Saudi berdepan dengan masalah penurunan harga minyak berikutan permintaan global komoditi itu berkurangan disebabkan pandemik tersebut.

Ia menyebabkan langkah-langkah penjimatan terpaksa dilakukan termasuk menambahkan kadar cukai nilai tambah sehingga tiga kali ganda dan memotong elaun kakitangan awam.

Virus tersebut juga menjejaskan perniagaan yang bergantung kepada kedatangan jemaah haji sekali gus menyokong ratusan ribu pekerjaan di Makkah bermula daripada ejen pelancongan sehingga kepada tukang gunting rambut jalanan serta kedai-kedai cenderamata terkesan.

Pemberhentian pekerjaan, pemotongan dan penangguhan bayaran gaji juga dilaporkan berlaku akibat pandemik itu.

Makkah telah melihat ledakan pembinaan sejak beberapa tahun lalu yang menyebabkan bilangan gedung membeli-belah bertambah, apartmen dan hotel mewah dengan sebahagiannya menawarkan pemandangan indah Kaabah di Masjidil Haram.

Namun, kebanyakan premis perniagaan kosong sejak Covid-19 menular di negara beraja itu.

Pada Mac lalu, pihak berkuasa Arab Saudi menggantung ibadat umrahnya.

Ibadat haji dan umrah membawa pendapatan kora-kira AS$12 bilion (RM51.02 bilion) setiap tahun sekali gus merancakkan ekonomi Makkah.

"Mengehadkan ibadat haji tahun ini kepada penduduk yang tinggal di Arab Saudi membawa kepada kesulitan ekonomi," kata penganalisis Sofia Meranto daripada Kumpulan Eurasia. - AFP