WTCKL kembang bisnes kafe

Iklan
Noraini (tengah) bersama Irmohizam (tiga dari kiri) pada majlis pembukaan cawangan Riverside Cafe On The Go di Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur 22 Julai lepas.

PUSAT Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) merancang untuk membuka lebih banyak cawangan Riverside Cafe On The Go di institusi pengajian tinggi dan stesen minyak sekitar Lembah Klang bagi meluaskan rangkaian perniagaannya.

Ketua Pegawai Operasinya, Fauzy Wahab berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan beberapa pihak bagi merealisasikan hasrat berkenaan. Menurutnya, idea tersebut didorong oleh sambutan menggalakkan hasil pembukaan semula Restoran Riverside pada Februari lalu selepas menjalani pengubahsuaian lebih kurang sebulan.

Iklan
Iklan

"Pihak kami berpendapat, dengan pembukaan tersebut ia mampu memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar, terutamanya yang berasal daripada keluarga B40,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, hasrat menambah cawangan dan meluaskan perniagaan kafe berkenaan sejajar dengan matlamat WTCKL untuk memfrancaiskan jenama Riverside.

Iklan

"Dengan mengetengahkan jenama Riverside Cafe On The Go dalam bentuk francais terutama di arena antarabangsa, kita berharap untuk mengetengahkan usahawan muda dalam industri makanan dan minuman ke persada antarabangsa,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau berkata, pihaknya berhasrat untuk bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk memberi ruang dan peluang kepada bakal usahawan muda tempatan.

Iklan

Pada 22 Julai lepas, WTCKL telah melancarkan pembukaan cawangan baharu Riverside Cafe On The Go di ruang legar Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pembukaannya telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Riverside Cafe On The Go yang tampil dengan konsep santai dan mesra pelanggan menawarkan pelbagai sajian mudah dan ringkas seperti pai daging, croissants dan aneka kuih tradisional Melayu.

Di samping itu, kafe berkenaan turut mengekalkan sajian tempatan sedia ada Restoran Riverside yang terkenal sejak 20 tahun lalu.