Pemimpin UMNO hadir beri sokongan kepada Najib

Iklan
Mohamad disambut beberapa penyokong UMNO di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Ketiga-tiga pemimpin parti itu hadir untuk memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berhadapan dengan keputusan mahkamah sama ada Ahli Parlimen Pekan itu akan disabitkan atau dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd hari ini.

Iklan
Iklan

Asyraf Wajdi dilihat tiba kira-kira jam 8.30 pagi disusuli Ahmad pada jam 8.45 pagi.

Kemudian kelibat Mohamad yang memakai baju kemeja berwarna putih pula dilihat tiba kira-kira jam 9.20 pagi.

Iklan
Ahmad tiba di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai soladiriti ke atas Najib yang didakwa berhubung siasatan kes SRC International hari ini.

Ketibaan mereka disambut penyokong UMNO yang memenuhi pekarangan mahkamah.

Setakat jam 9.30 pagi, ratusan penyokong bekas Perdana Menteri yang memakai baju berwarna biru dan merah itu mula memenuhi pekarangan mahkamah.

Iklan

Turut dilaungkan 'hidup bossku', 'kita sayang bossku' dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.