Hanya 10 petugas media berada di dalam mahkamah

Iklan
Petugas media sudah berkumpul seawal jam 5.30 pagi bagi mengikuti keputusan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. - FOTO ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Hanya 10 petugas media tempatan dan antarabangsa dibenarkan masuk ke dalam kawasan mahkamah bagi mengikuti prosiding keputusan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, 40 lagi wartawan ditempatkan di bilik video link di Aras B1 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Bilik video link itu adalah Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen dan Majistret (Sivil) yang diubah suai dan dipasang dua set televisyen yang akan memaparkan siaran langsung prosiding.

Petugas media sudah berkumpul seawal jam 5.30 pagi bagi mengikuti keputusan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. - FOTO ROSLI TALIB

Petugas media mula berkumpul di hadapan pintu pagar kompleks seawal jam 5.30 pagi lagi dan hanya dibenarkan memasuki bangunan mahkamah pada jam 8.45 pagi.

Iklan

Kesemua wakil media termasuk hanya lapan jurugambar dan lapan juruvideo dibenarkan mengambil pas masuk khas semalam.

Pas kuning adalah untuk petugas media yang dibenarkan memasuki mahkamah, biru untuk video link manakala pas putih adalah untuk wartawan yang berada di lobi mahkamah.

Iklan
Petugas media sudah berkumpul seawal jam 5.30 pagi bagi mengikuti keputusan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. - FOTO ROSLI TALIB