KUALA LUMPUR – Nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada dibebaskan atau disabit atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd bakal diketahui hari ini.
9.20 pagi: Penghakiman Kes Najib: Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Ahmad Maslan berada di Kompleks Mahkamah KL
9.30 pagi: ratusan penyokong bekas Perdana Menteri yang memakai baju berwarna biru dan merah itu mula memenuhi pekarangan mahkamah
9.54 pagi: Penghakiman Kes Najib: Pasukan pendakwaan diketuai V. Sithambaram memasuki mahkamah
Penghakiman Kes Najib: Bekas PM Najib Razak memasuki mahkamah pada 9.57 pagi
Penghakiman Kes Najib: Pasukan pembelaan diketuai Muhammad Shafee memasuki mahkamah
10.20 pagi: Penghakiman Kes Najib: Hakim Mohd Nazlan mula membaca penghakiman
Pihak pembelaan gagal membuktikan kesimbangan kebarangkalian dalam menimbulkan keraguan yang munasabah bagi kes pendakwaan mengenai penyalahgunaan kuasa Najib: Hakim
Keterangan mengesahkan penglibatan Jho Low termasuk memberi arahan berhubung akaun bank Najib kepada seorang eksekutif bank: Hakim
Pihak pembelaan tidak memanggil pakar sebagai saksi untuk mengesahkan tandatangan Najib dalam beberapa dokumen telah dipalsukan seperti didakwa: Hakim
Kes SRC: Najib didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan.
Kes SRC: Mahkamah bersidang semula bagi mendengar permohonan pihak pembelaan berhubung permintaan hukuman diringankan dibuat Isnin
Kes SRC: Mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan, permohonan permintaan hukuman diringankan diteruskan
ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Najib berkumpul di Mahkamah Jalan Duta
Nasib Najib diketahui jam 10 pagi ini
Laungan 'hidup Bossku' bergema di Mahkamah Jalan Duta
Pemimpin UMNO hadir beri sokongan kepada Najib
Hanya 10 petugas media berada di dalam mahkamah
Najib didapati bersalah salah satu pertuduhan
Najib bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah
Najib bersalah atas tujuh pertuduhan