Termometer pecah, tiada mangsa terlibat
Iklan
Unit HAZMAT BBP Bayan Baru dan anggota bomba BBP Lebuh Pantai sedang membersihkan bilik makmal sains SMK Hutchings.
GEORGETOWN - Satu unit termometer yang mengandungi merkuri pecah di sebuah bilik makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutchings, Lebuh Farquhar di sini hari ini.
Jurucakap bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) BBP Bayan Baru untuk operasi nyahcemar.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati ada satu unit termometer yang mengandungi satu mililiter merkuri pecah selepas terjatuh di atas meja.
Iklan
"Kejadian berlaku di sebuah bilik makmal sains dengan anggaran keluasan 30x20 kaki persegi. Tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.
Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian jam 8.27 pagi tadi.
Beliau berkata, anggota Hazmat yang lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) telah menjalankan 'size up' dan pengungsian di lokasi kejadian.
Iklan
"Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan mengumpulkan sisa-sisa merkuri dan dimasukkan ke dalam bekas khas. Kita juga membuat pembersihan di kawasan tersebut menggunakan cecair peluntur.
"Bahan merkuri itu diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. Operasi nyahcemar tamat sepenuhnya pada jam 10 pagi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>