Denggi ujian baharu buat Kelantan

Iklan
Ahmad (dua dari kanan) melakukan pelepasan konvoi sempena Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kompleks Kota Darul Naim.

KOTA BHARU - Selain wabak pandemik koronavirus (Covid-19), Kelantan berdepan satu lagi ujian iaitu penularan demam denggi yang mula menyerang ketika ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebanyak 61 kes demam denggi telah direkodkan setakat ini.

Iklan
Iklan

"Situasi itu seakan-akan sama bahayanya kerana ia turut meragut nyawa seperti Covid-19. Empat orang telah meninggal dunia disebabkan oleh denggi manakala tiga akibat Covid-19," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Iklan

Menurutnya, beliau mahu memberi tumpuan dan mencari alternatif terbaik dalam mengekang kedua-dua penyakit tersebut.

Katanya, jika seluruh rakyat dapat mematuhi arahan dan SOP tidak mustahil kedua-dua penyakit itu dapat ditangani.

Iklan

"Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha saya jangka ramai perantau pulang ke negeri ini. Saya harap agar kita semua dapat menjaga keselamatan dan kebersihan dengan mengikuti semua prosedur operasi standard ditetapkan oleh kerajaan," kata beliau lagi.