AADK Pasir Puteh tahan tiga penagih

Iklan
AADK Pasir Puteh turut merampas 15 biji pil kuda bersama 0.98 gram syabu yang ditemui dalam operasi itu.

PASIR PUTEH - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh menahan tiga lelaki dalam serbuan berasingan menerusi Op Sharp di Kampung Besar, Semerak di sini Ahad lalu.

Operasi yang bermula jam 8 pagi itu, AADK Pasir Puteh turut merampas 15 biji pil kuda bersama 0.98 gram syabu yang ditemui semasa operasi tersebut dilakukan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain berkata, ketiga-tiga suspek berusia 26 hingga 36 tahun yang ditahan itu positif dadah methamphetamine hasil saringan air kencing.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek adalah penagih baru dan kesemua mereka dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut dan dokumentasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, bagaimanapun dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 3(1)Akta Pemulihan Dadah (APD) (Rawatan dan Pemulihan)1983 tangkapan.

Katanya, kesemua suspek akan direman di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Dadah (Rawatan dan Pemulihan)

Iklan

1983 di Pusat Tahanan Reman Pasir Mas bermula hari ini.

Azlina berkata, AADK Pasir Puteh akan terus melipat gandakan operasi dalam membanteras aktiviti penagihan dadah di jajahan tersebut.

Katanya, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tersebut.