Nabi Muhammad bukan melarikan diri, kata Zulkifli

Iklan
Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
- Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah atas perintah dan tuntutan ALLAH SWT namun bukan makna Rasulullah melarikan diri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, penghijrahan tersebut ada ditakrifkan dalam Kitab Fiqh Al-Sirah karya Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.

Iklan
Iklan

"Di mana beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW tatkala berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah, bukanlah bermakna Rasulullah melarikan diri.

"Tetapi adalah atas perintah dan tuntutan ALLAH SWT dan istilah hijrah berbeza sangat dalam mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain.

Iklan

"Insya-ALLAH saya akan bagi buku yang saya karyakan berkenaan dengan hijrah ini,” ujarnya pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu - Sabak Bernam) sama ada Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) boleh diklasifikasikan sebagai menghina Nabi Muhammad SAW kerana menyatakan Rasulullah seorang pelarian.

Iklan

Bagaimanapun Dr Zulkifli terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak berada di dalam Dewan Rakyat semalam ketika Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata sedemikian.

"Yang kedua, sekadar melihat beberapa sedutan semata-mata, sepatutnya kalau kita tengok keseluruhan beliau ada mentafsirkan maksud satu persatu,” katanya.