Lelaki ditemui mati dalam bilik hotel

Iklan
Seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui meninggal dunia dalam bilik di sebuah hotel di Johor Jaya.

PASIR GUDANG - Seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui meninggal dunia dalam bilik di sebuah hotel di Johor Jaya, di sini, pada pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, polis menerima panggilan telefon kira-kira jam 10 pagi daripada pekerja hotel berkenaan mengenai penyewa yang tidak dilihat sejak pagi semalam.

Iklan
Iklan

Katanya, pekerja itu kemudian mengetuk pintu bilik, tetapi tiada jawapan selain pintu juga didapati berkunci.

"Pihak polis segera ke tempat kejadian dan bertindak memecah pintu untuk masuk ke bilik sebelum melihat seorang lelaki tempatan dalam keadaan terbaring di atas katil dan tidak sedarkan diri.

Iklan

"Ambulan yang tiba dan pegawai kesihatan daripada Hospital Sultan Ismail (HSI) yang bertugas mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati si mati seorang diri mendaftar masuk pada 12 Julai lalu dan membuat bayaran bilik secara harian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat sudah dihantar ke HSI untuk bedah siasat dan kes disiasat serta diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Iklan