Pasang papan tanda jawi di kawasan pelancongan

Iklan
Papan tanda tulisan jawi yang turut tertulis kawasan pelancongan di Terengganu. - Foto sumber internet

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) disyorkan mengisytiharkan semua tempat tumpuan pelancong perlu memasang papan tanda tulisan jawi.

Sabri Azit (Pas- Jerai) berkata, ia bertepatan dengan bentuk kaligrafi tulisan jawi yang mempunyai unsur seni yang tinggi sekali gus mampu menggamit pelancong bukan sahaja dari Timur Tengah malah seluruh pelosok dunia.

Iklan
Iklan

"Tulisan jawi merupakan nadi utama tulisan pengantara di negara kita sewaktu dulu di mana sejarah tulisan jawi sangat sinonim dengan masyarakat berbilang kaum sehingga iklan dan papan tanda di gedung perniagaan dapat dilihat menggunakan tulisan jawi.

"Tulisan jawi bukan bertujuan untuk menakutkan sesiapa tetapi sebagai satu bentuk tulisan yang mengharmonikan negara malah mampu menjadikan kayu ukur semangat patriotik negara," katanya pada sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Iklan

Dalam perkembangan sama, beliau turut memuji usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengisytiharkan hari Jumaat sebagai Hari Jawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari Jumaat Hari Jawi

Katanya, inisiatif yang diambil Zulkifli itu patuh dicontohi oleh kementerian lain dalam memartabatkan lagi tulisan itu.

Iklan

"Saya hendak ucap tahniah dan syabas kepada Menteri Agama (Zulkifli) kerana jadikan Jumaat sebagai Hari Jawi.

"Saya amat berharap agar menteri mampu bertabah hati, istiqamah dan kuat daya juang bagi mengukuhkan lagi tulisan jawi di persada negara kita," katanya.

Katanya, meskipun ada segelintir pihak yang mengkritik dan memperlekehkan usaha itu, namun ia tetap perlu diperjuangkan demi generasi akan datang.