Kes Najib jadi perhatian media tempatan, antarabangsa

Iklan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Kompleks Mahkamah, Kuala Lumpur, Jalan Duta. - FOTO ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Lebih 50 pengamal media tempatan dan antarabangsa memenuhi pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini bagi membuat liputan pendakwaan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rata-rata petugas media mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi bagi menanti ketibaan Najib dan penyokongnya.

Iklan
Iklan

Kemudian, segelintir petugas media mula membuat liputan siaran langsung dari semasa ke semasa untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai keputusan kes tersebut.

Pelbagai kelengkapan peralatan digunakan termasuklah tangga untuk mendapatkan 'angle' yang terbaik kepada pembaca. Pengamal media juga dilihat setia menunggu di hadapan pintu masuk pekarangan mahkamah untuk sebarang sidang media yang dibuat oleh pihak terlibat.

Iklan
Petugas media, peguam dan orang ramai menunggu untuk masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - FOTO ROSLI TALIB

Selain itu, pemberita turut diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuklah pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial.

Terdahulu, Najib merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang didakwa di mahkamah di negara ini menghadapi tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta.

Iklan

Najib, 67, didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Dalam prosiding itu, pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram.